BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, April 13, 2011

RaSE nk Pkai PuRdAh jErK....

salam utk semua...


sebenarnya, saya tak lah pandai menulis sangat plus meluahkan rasa hati apatah lagi. tapi, aku akan meluahkan certain2 perkara sahaja yang difikirkan okay dan tak terlalu personal. 

hmm kamu tahu purdah? purdah is hijab. tapi, di Malaysia, ia tidak dipraktikkan. boleh pakai purdah tetapi bergantung  kepada individu. walaupun, kita semua ini hanya mempunyai 1 tujuan iaitu akhirat nan abadi, tetapi kehidupan di dunia juga tidak boleh diabaikan.

hmm aku suka purdah. suka tengok orang pakai purdah. tapi, hati belum terbuka untuk memakainya. keinginan dah ada tapi jalan untuk memakai purdah, belum lagi di explore. aku ada surf few website yang jual purdah online, plus aku juga diperkenalkan dengan beberapa muslimah yang pakai purdah.ada juga muslimah yang pakai purdah sebelum ini tapi dah tanggal plak sekarang. wondering why they didnt keep themselves like before. few reasons yang muslimah cakap sbb susah nak buat marketing, susah nak dapat kerja, susah nak communicate, kena hipokrit. hm pada aku, kalau hati dah sepenuhnya berniat untuk pakai purdah, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan. perlu juge tengok niat untuk pakai purdah itu sebab apa. nowadays, people dah pandai. people takkan judge others people melalui pemakaian sahaja. orang pakai purdah, tok aji pun boleh terpesong n vice versa. aku tak berani la nak kata directly to someone sbb dunia ni ada karma. omputeh kate, wat u give, u get back. so, just be ourselves n varnished 'dirt' from our lives.

hmm me still considering work environment. kalau menyusahkan, xyah la pakai kan. pakai kat rumah pun ok. hihi

i devote all my life to my Creator. aku harap suatu hari nati, cita-citaku untuk pakai purdah akan tercapai juge. ameeen.

kat bawah ni ada few hujah2 yang tidak mewajibkan dan mewajibkan pakai purdah:

DALIL YANG TIDAK MEWAJIBKAN

1. Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya:dan janganlah kamu pamerkan perhiasan kamu kecuali apa yg zahir drpdnya.

Ibnu Abbas berkata di sini yg dimaksudkan dgn apa yang zahir ialah muka dan tapak tangan
tetapi pendapat ini disangkal oleh Syeikh Musthafa Al-Adhawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'

2. Firman Allah: قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظ فروجهم

maksudnya: dan katakanlah kpd org mu'min tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.

Ayat ini menunjukkan bahawa ada sesuatu pada wanita yg mungkin dibolehkan untuk dibuka yg pada masa yg sama dilarang dilihat oleh lelaki.

ia juga dikuatkan dengan beberapa hadis antaranya:
"Wahai Ali, janganlah kamu ikutkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana engkau berhak pada pandangan pertama tetapi tidak pada pandangan kedua.

3. Hadis nabi:

Dari Aisyah R.A bahwa Asma' bintu Abu bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis, maka Rasullah berpaling drpdnya dan berkata,: Wahai Asma', jika seseorang wanita itu telah mendapat haidh (baligh) , maka tidak patut terlihat drnya kecuali ini dan ini ( Rasulullah menunjuk kpd tapak tangan dan muka)

4.Hadis nabi:

Rasulullah berjalan bersama Al-Fadhl bin Abbas, kemudian ia berhenti untuk memberi periungatan kpd org ramai... ketika itu datanglah seorang wanita yg cantik dari suku Khats'am meminta fatwa dr Rasulullah. Maka terlihatlah Al-Fadhl akan wanita itu dan terpesona ia. Nabi melihat Al-Fadhl dgn pandangan yg tajam , tetapi dia tetap memandang ke arah wanita tersebut. Maka Rsulullah pun berundur ke belakang dan memegang dagu Al-Fadhl dan memalingkan wajah Al-Fadhl.

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan memperlihatkan muka kpd org ramai.
Ini hanyalah sebahagian hujah drpd 18 hujah sahih drpd ulama'.




HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH

1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.

Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh... Na'uzubillah.

2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya...

Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali....


3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن

maksudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka...

Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.


4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan......


Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

5.Firman Allah:
"apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman


6. Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka"


7. Aisyah berkata: " jika rasulullah meihat wanita2 di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"

perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama'.
.

0 comments: